Lokasi dan Sejarah
Perumahan tok randok terletak di daerah hulu terengganu dalam mukim penghulu diman. jarak dari bandar kuala berang kira-kira 10 kilometer.
Perumahan Tok Randok merupakan sebuah perumahan yang terancang. sebelum perumahan ini dibuka, kawasan asal ialah kawasan penanaman getah kepunyaan salah seorang penduduk kampung berhampiran. perumahan ini turut juga dikenali sebagai sebuah penempatan baru yang wujud dikawasan ini. keluasannya kira-kira 57 ekar.
Pembinaan bermula pada tahun 1982, melalui perbadanan memajukan intisak negeri TERENGGANU, PERUMAHAN INI TELAH DIBINA sebanyak 212 unit. perumahan ini merupakan rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh semua golongan. setiap rumah mempunyai 2 bilik tidur, bilik air, tandas, dan kawasan laman yang agak luas.
Pada oktober 1984, sebahagian daripada rumah ini telah menerima penduduk peringkat pertama yang berjaya dalam permohonan. perumahan ini diduduk sepenuhnya pada tahun 1988. penduduk yang menghuni kawasan perumahan ini terdiri daripada beberapa kampung yang berhampiran ketika itu.
Berikut adalah gambar pelan kawasan lot perumahan rumah awam kos rendah tok randok :
kawasan ini berkeluasan 57 ekar . Jumlah penduduk di kampung tok randok adalah seramai 1358 orang iaitu seramai 642 orang lelaki dan 716 orang perempuan.Kawasan ini terdiri daripada kaum melayu sahaja.
Banyak prasarana fizikal dan infrastruktur yang disediakan antaranya ialah masjid,balairaya,sekolah kebangsaan,perpustakaan desa,TBK,padang permainan,padang bola,telefon awam,tong MDHT,pondok bas awam dan padang futsal.
Masjid Hadhari
Padang Futsal
Perpustakan Awam
Tabika kemas
Pusat renjer hutan
Pusat pembangunan pertanian
Tok Randok berlatar belakangkan parlimen hulu terengganu .YB parlimen bernama Dato Jailani Bin Johari . dewan undangan negeri adalah di ajil . nama yb adun adalah yang berbahagia encik ghazali bin taib daerahnya hulu terengganu mukim penghulu diman . kampung ini mempunyai seorang penghulu yang bernama en. mohd jefri din bin salleh . asal usul tok randok adalah bermula dari kampung lama tok randok . seterusnya tertubuhnya kawasan perumahan tokrandok .
Asal usul tok randok adalah daripada kawasan berpaya. namun begitu,penduduk terdahulu perlu meredah paya untuk keluar dari kawasan kampung atau dipanggil merandok kawasan yang berlumpur.Kampung tok randok membawa misi merancang dan berusaha untuk menjadikan perumahan yang dilengkapi dengan infrastruktur yang baik dan lengkap,mewujudkan persekitaran yang harmoni,bersih dan indah serta mengaturkan perancangan untuk penambahbaikan pembangunan sosial dan komoniti setempat.Manakala bervisikan perumahan yang ceria,selamat,selesa dan harmoni untuk didiami.Justeru itu,tok randok juga bermotokan GEMILANG,BERSATU,HARMONI.
Masjid Hadhari
Padang Futsal
Perpustakan Awam
Tabika kemas
Pusat renjer hutan
Pusat pembangunan pertanian
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete