Sunday, 20 September 2015

Warisan Tok Randok
 Produk Hasil daripada Penduduk Kampung Tok Randok. 

    Penduduk kampung Tok Randok juga telah menghasilkan satu produk makanan yang diberi nama "DINU SALAI" .Dinu salai enterprise merupakan pembekal,pemborong dan menjual produk salai satu-satunya di terengganu yang terdiri daripada ikan air tawar salai iaitu ikan keli,baung,dan ikan patin.Disamping itu juga, Dinu salai enterprise juga menghasilkan daging salai iaitu daging lembu tempatan dan daging import.

    Mengikut pengetahuan saya, nama dinul salai berasal daripada nama gabungan antara pengusahanya dan arwah isterinya iaitu Shamsuddin Jusoh dan isterinya zainon Seman .Mereka masih mengekalkan pemprosesan secara tradisional,100 buatan sendiri dan produk muslim.Mereka juga masih mengekalkan tradisi untuk anda merasai kenikmatan serta keaslian "SMOKED" itu sendiri.Produk ini dipacking secara"vaccum" dan ianya tahan selama 6 bulan hingga 8 bulan secara sejuk beku.




              
Ini adalah cara produk Dinu salai dilakukan secara kaedah menyalai bagi merasai kenikmatan"SMOKED"






 
Ikan keli dan daging lembu yang siap disalai




 Produk Dinu Salai yang telah siap dipacking menggunakan teknik "Vacuum"


    Bagi yang ingin merasa produk makanan Dinu Salai Enterprise boleh ke lawan web inihttp://dinusalaienterprise.blogspot.my


    

    Selain itu ada juga ekonomi berasaskan pertanian iaitu pengusaha pengumpulan kelapa sawit,pengusahan pengumpulan kelapa sawit yang dilaksanakan oleh salah seorang penduduk kampung ini secara bersendirian.


     Bukan itu sahaja , Kakna Collections merupakan pengusaha jahitan kelahiran tempatan dan mendapat sokongan daripada Yayasan Pembangunan Ushawan (YPU), Terengganu.Puan Sarihana Binti Abd Rahim adalah anak kelahiran Ajil, Terengganu dan menetap di Kampung Tok Randok. Puan Sarihana atau lebih mesra dikenali sebagai Kakna telah berkecimpung dalam bidang jahitan ini hampir 30 tahun.

    Sejajar dengan perkembangan dan permodenan dunia fesyen hari ini, perusahaan jahitan beliau semakin berkembang dengan baiknya dan tempahan jahitan juga semakin meningkat.


KakNa Collections



Antara baju yang telah dijahit oleh beliau 




Kakna juga menerima tempahan :-

Baju wanita (semua fesyen)
Baju Melayu
Uniform
Kemeja lelaki & wanita
Baju Pengantin
Langsir

Sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan dengan Kakna Collections, anda boleh menghubungi beliau:

No.Tel : 012-2453891

Alamat : Lot 8458, Kg Tok Randok,
21800 Ajil Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman.










No comments:

Post a Comment